Daphne Iking tak jadi gugur, selamat bersalin anak ke empat

Daphne Iking tak jadi gugur, selamat bersalin anak ke empat, Dalam diam-diam pengacara dan pelakon Daphne Iking telah selamat menimang cahaya mata keempatnya yang diberi nama Ilon Daniel Iking Azmi pada 21 Mei lalu.

Dedah Daphne, 41, Ilon dilahirkan melalui pembedahan dan proses kehamilannya berdepan situasi yang sukar.

"Dua minggu saya dan suami bertarung dengan konflik sama ada untuk menggugurkan bayi ini atau tidak. Ia pilihan yang sangat sukar!

"Sebenarnya kehamilan ini membahayakan kesihatan saya dan doktor sudah menasihati saya untuk tidak lagi bersalin selepas melahirkan anak ketiga pada 2016 secara pembedahan.

"Tetapi situasi berubah selepas saya melihat suami saya menangis buat pertama kalinya," cerita Daphne.

Keadaan dinding uterusnya yang nipis boleh membahayakan nyawanya dan bayi yang dikandung sekiranya berkembang menjadi saiz yang besar.

Ekoran itu, Daphne mendapatkan pandangan daripada beberapa individu termasuk pakar perubatan bagi membantunya membuat keputusan yang tepat.

"Jadi, saya memutuskan untuk meneruskan kehamilan ini apabila melihat ramai dalam kalangan orang lain termasuk ahli keluarga saya sendiri yang sukar mendapatkan anak.

"Perjalanan ini sungguh berbeza dan saya cuba jadi kuat. Biarpun Ilon dilahirkan dalam keadaan sedikit pramatang, saya bersyukur," tambahnya.

Daphne Iking tak jadi gugur, selamat bersalin anak ke empat, Dalam diam-diam pengacara dan pelakon Daphne Iking telah selamat menimang cahaya mata keempatnya yang diberi nama Ilon Daniel Iking Azmi pada 21 Mei lalu.

Pelakon filem Belukar itu juga punyai alasan sendiri untuk tidak mengumumkan kehamilannya kepada umum.

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya tidak mahu didiskriminasi apabila ada pihak yang tahu saya hamil.

"Saya menjadi sedikit tertekan apabila tidak dapat kongsikan berita gembira itu kepada orang ramai.

"Oleh itu, kali ini saya hanya maklumkan kepada kawan-kawan rapat dan keluarga sahaja.

"Tiada majlis baby shower dan tambah pula situasi semasa kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hanya maklumkan kepada mereka melalui panggilan video, aplikasi Zoom dan Facetime," ujarnya yang turut memaklumkan kepada rakan rapatnya seperti Yasmin Hani, Dynas, Lisa Surihani dan Rashidi Ishak.

Malah, Daphne tidak berkesempatan untuk membuat sesi fotografi sempena kehamilannya kali ini apatah menyediakan barangan keperluan bayi.

"Kebanyakan pakaian bayi saya sudah jual sebagai barangan preloved tapi mujur ada yang bermurah hati menghadiahkan sebahagiannya kepada kami," katanya yang turut menjalani proses berpantang bersendirian di kediamannya.

Daphne mempunyai tiga cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 12, Iman Daniella Iking, 8, dan Isidore Daniel Iking, 3 tahun.

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers