AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 395 (26 SEPTEMBER 2016 M / 24 ZULHIJJAH 1437 H)
SOALAN:
Apa perkara yang membatalkan puasa?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara:
1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
2) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
3) Sengaja muntah.
4) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
5) Merancap. Yakni mengeluarkan air mani.
6) Datang darah haid atau nifas.
7) Gila dan murtad.
Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal. Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).
Perlu disebutkan juga, dalam kes pemakaian inhaler bagi pesakit asthma, kami tarjihkan pendapat tidak membatalkan puasa atas sebab darurat dan lain-lain. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan #15: Hukum Menggunakan 'Inhaler' di laman web kami.
Wallahua’lam.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.