Hady Mirza Mengaku Kesilapan Ketika Zaman Muda

Hady Mirza Mengaku Kesilapan Ketika Zaman Muda, Pernah Dilabel Besar Kepala dan Sombong, eh dia nie dah tua eerrkk? Hahhahaaaa is tak perasan sebab tak nonton GV nie.

Bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV 6), Hady Mirza akui pernah melakukan kesilapan ketika mula-mula mengecapi populariti kira-kira 12 tahun lalu.

Hady ketika ditemui Gempak memberitahu, dia tidak menganggap perkara tersebut sebagai pengajaran yang mematangkan dirinya.

Hady Mirza Mengaku Kesilapan Ketika Zaman Muda


“Ya, dulu saya ada dengar orang cakap saya sombong dan besar kepala. Tapi ketika itu saya sendiri pun tidak sedar.

“Maklumlah, bila diri dikejar populariti kita sampai terlupa untuk berpijak di bumi nyata. Tetapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya tersedar selepas ‘sikap’ tidak baik saya itu menjadi buah mulut orang,” katanya.


Ditanya adakah sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan daripada warga net selepas menyertai GV6, Hady memberitahu dia tidak akan terkesan sekiranya itu berlaku.

“Macam inilah, bukan senang nak puaskan hati semua orang dan saya sudah bersedia. Bukan sahaja kritikan daripada warga net tetapi juri juga.

“Insya-Allah saya sudah bersedia sepenuhnya,” ujarnya positif.


Hady Mirza ditemui ketika majlis sidang media pengumuman bintang GV6 di The Gardens Theatre, Kuala Lumpur, pada petang Selasa.

GV6 bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada setiap hari Ahad, bermula 13 Oktober ini, pukul 9 malam.

Musim terbaru GV6 menampilkan 13 bintang terdiri daripada penyanyi solo, duo dan berkumpulan.

RM30 Watch Voucher

Sementara itu GV6 masih mengekalkan Datuk Ramli MS sebagai ketua juri bersama penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Buat julung kalinya juga, pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu, Farm Fresh hadir sebagai penaja utama GV 6 dan disokong oleh tiga penaja bersama, iaitu Adabi, Cuckoo dan Uphamol.

Digi turut hadir sebagai telco rasmi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers