Fazura Tiba Di AIFFA Kuching Bak Selebriti Hollywood!

Fazura Tiba Di AIFFA Kuching Bak Selebriti Hollywood!


KL, 10 APRIL 2015: Bak selebriti terkenal daripada Hollywood, aktres terkenal Nur Fazura Shariffudin mendapat sambutan meriah ketika ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) semalam sempena penganjuran Asean International Film Festival and Awards (Aiffa) yang kedua di bandaraya itu.

Keratan muka depan akhbar The Borneo Post turut menampilkan cerita ketibaan aktres yang baru-baru ini kembali ke layar perak dengan filem Manisnya Cinta di Cappadocia. Salah seorang peminatnya yang menyambut Fazura di KIA turut berkongsi gambar bersama pelakon itu di Instagramnya.

Fazura Tiba Di AIFFA Kuching Bak Selebriti Hollywood!


Penganjuran kali kedua Asean International Film Festival and Awards (Aiffa) bakal menerima kunjugan beberapa bintang terkenal dunia yang terdiri daripada penggiat filem, aktor dan aktres majoritinya daripada Asia.

Fazura Tiba Di AIFFA Kuching Bak Selebriti Hollywood!


Bermula dari 9 hingga 11 April, para penggiat filem dijadualkan memberi seminar, bengkel dan beberapa lagi aktiviti bagi menaikkan martabat filem dari rantau ini. Antara nama besar lain yang dijangka tiba adalah Datuk Jackie Chan dan Tan Sri Michelle Yeoh.

Michelle Yeoh akan tampil menyampaikan ‘Lifetime Achievement Award’ kepada personaliti filem dari Asian yang berjaya menyerlah di peringkat dunia. Seramai 60 orang selebriti dijangka hadir dan termasuklah rombongan dari Malaysia.

Panel juri dari rantau ini yang dijangkakan tiba adalah Nora Aunor dan Keluarga Giuterrezz dari Filipina, Zay Yar Aung (Myanmar), Pongsatorn Jongwilas (Thailand), Chy Thmor (Cambodia), Mello-Pham Thi Nhung, Siu Pham (Vietnam), Hanung Bramantyo (Indonesia), Tony Kern (Singapore), Datuk Yusoff Haslam dan ketua juri U-Wei Saari (Malaysia).

Sejumlah 65 filem dari 10 negara telah menghantarkan penyertaan dan 14 kategori akan dipertandingkan dalam pengiktirafan ini yang akan berlangsung esok malam, Sabtu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Persembahan yang dijangka bakal dijayakan adalah daripada Anuar Zain, Dasha Logan, Piolo Pascual dari Filipina dan kumpulan K-Pop Nolza.

Kredit foto Instagram bellazara9alz

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers