PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pertubuhan Audit Negara (ASOSAI) ke-13 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Abdullah Yusof
KUALA LUMPUR: Kerajaan serius dalam mengambil tindakan terhadap sebarang cadangan dan penemuan yang diperoleh Jabatan Audit Negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, juru audit di negara ini juga bebas dalam mengemukakan pandangan dan membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.
"Kerajaan ini bukan saja terbuka kepada pendapat juru audit kami malah mengambil kira nilai itu dalam dasar, perancangan dan penilaian projek kerajaan.
"Di Malaysia, juru audit memainkan peranan penting dalam inisiatif memperkukuh pentadbiran kerajaan dan integriti dalam perkhidmatan awam," katanya dalam ucap utama pada Persidangan Pertubuhan Audit Negara (ASOSAI) ke-13 di sini sebentar tadi.
Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.