Zed Zaidi Bukan Gilakan Perhatian di Twitter
KUALA LUMPUR, 16 JUN 2014: Pelakon Filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan bekas peserta Hero Remaja, Zed Zaidi menegaskan dirinya bukanlah seorang yang gilakan perhatian menerusi laman Twitter seperti mana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
“Saya rasa orang yang ‘follow’ saya yang cuba ambil perhatian dengan ‘snap screen’ dah paparkan di blog-blog mereka yang di luar jangkaan saya,” katanya dalam program bual bicara HLive Apa Kata Malaysia yang dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi.
Menurutnya, setiap orang ada hak untuk menyatakan pendapat kerana sebelum ini rata-rata pengguna tiada medium untuk meluahkan apa yang ada di pemikiran mereka.
Menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook, ianya merupakan medium terbaik kepada orang ramai untuk menyatakan pendapat dan komen yang kini semakin berkembang.
“Saya bukan orang yang suka laga-lagakan orang, saya hanya memberi pendapat, kalau tidak boleh terima apa yang saya komen, saya tidak boleh lakukan apa-apa,” katanya.
Sebelum ini Zed Zaidi dihujani pelbagai kontroversi di Twitter miliknya terutama kes kehilangan pesawat MH370 yang kononnyadia tidak ada perasaan sensitiviti mengenai kes itu.
“Ya saya akui, saya buat silap mengenai ‘post’ saya di twitter mengenai MH370 tapi saya bukan sempurna, saya juga sudah mohon maaf dan menganggap ianya sudah selesai.” katanya.
Zed Zaidi turut mengumumkan dia ingin menjadi pengkritik industri hiburan tidak berbayar kerana ia menjadi keinginan terbaru bagi dirinya.
Apa-apa pun Murai tidak mahu memberi komen panjang mengenai Zed Zaidi ini, orang kata “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.