Lisdawati Selamat Lahirkan Ahmad Nur Fyrdaus

Lisdawati Selamat Lahirkan Ahmad Nur Fyrdaus

Lisdawati Selamat Lahirkan Ahmad Nur Fyrdaus


KL, 16 JUN 2014: Pasangan selebriti sensasi Lisdawati dan Fauzi Nawawi telah dikurniakan seorang lagi cahayamata pada Sabtu lalu apabila aktres tersebut dilaporkan selamat melahirkan anak ketiga mereka. Lisdawati telah melahirkan bayi lelaki secara normal di Hospital Selayang pada 14 Jun lalu.

Difahamkan bahawa ini merupakan anak ketiga mereka bersama selain Fauzi yang mempunyai beberapa orang cahayamata hasil daripada perkahwinan sebelumnya.  Bayi lelaki tersebut  diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus dan Lisdawati melahirkan rasa syukurnya diatas kelahiran tersebut didalam Instagram miliknya.

“Syukur alhamdulillah atas kelahiran Ahmad Nur Fyrdaus . Terima kasih Fauzi Nawawi & juga ibu peneman setia saat detik kelahiran ini. Terima kasih Hospital Selayang atas layanan yang dari semua staff,” ujar Lisdawati menerusi akaun Instagram.

Disamping itu, Lisdawati turut memuatnaik beberapa foto menampilkan cahayamata ketiganya bersama Fauzi tersebut. Lisdawati dan Fauzi selamat bergelar pasangan suami dan isteri pada 9 September 2007 dan sepanjang perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya dan yang terbaru Ahmad Nur Fyrdaus.

Pihak Murai berharap kehadiran Ahmad Nur Fyrdaus akan menyerikan lagi kehidupan keluarga besar pasangan selebriti Lisdawati dan Fauzi Nawawi.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers