Eksklusif: Penjelasan David Teo Kepada Diana Danielle

Eksklusif: Penjelasan David Teo Kepada Diana Danielle

Eksklusif: Penjelasan David Teo Kepada Diana Danielle


KUALA LUMPUR, 20 JUN 2014: Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) Mejar (K) David Teo menganggap apa yang diluahkan pelakon, Diana Danielle mengenai foto suaminya, Farid Kamil berpegangan tangan dengan Nora Danish hanyalah satu salah faham sahaja dan mereka tidak semesra seperti yang disangka.

David Teo menjelaskan foto itu diambil atas permintaan media cetak yang mahukan Farid dan Nora nampak mesra seperti mengikut kehendak watak mereka sebagai suami isteri dan tidak lebih daripada itu.

Malah David Teo berkata dia sendiri sudah pun menghubungi pelakon Farid Kamil supaya menjelaskan situasi yang berlaku pada malam gambar diambil itu kepada Diana Danielle.

“Saya rasa ianya hanya salah faham sahaja kerana jika benar Diana cemburu atau bengang mengapa sebelum ini dia boleh menerima lakonan Nora dan Farid yang berpelukan dan sebagainya.

“Saya juga tak rasa apa yang diluahkan Diana itu ditujukan kepada MIG sepenuhnya, tapi untuk tidak perkara ini berpanjangan saya sendiri sudah pun menghubungi Farid.

“Perkara pertama saya beritahu kepada Farid adalah jangan cepat melenting terhadap tindakan isterinya itu. Mungkin isteri dia bersikap begitu kerana terlalu sayangkan suaminya, yelah isteri mana yang tak risau jika punya suami yang kacak dan popular begitu.

“Saya juga minta Farid perjelaskan kepada Diana bahawa gambar itu diambil hanya ketika mereka dikerumuni dengan jurufoto dan media yang meminta mereka melakukan aksi sedikit mesra mengikut watak dalam filem yang tidak lebih daripada itu.

“Malah, mereka berdua terus berpecah selepas itu dan tidak lagi bertemu kerana masing-masing sibuk dengan sesi temuramah bersama media,” katanya keapda murai.com.my ketika dihubungi.

David Teo diminta mengulas mengenai tindakan Diana Danielle malam semalam yang meluahkan rasa bengang dan cemburu ke dalam laman sosial Instagram apabila gambar Nora berpegangan tangan dengan suaminya dikongsi ke dalam Instagram sebagai promosi filem Pengantin Malam.

Pun begitu, David memberitahu isu tersebut tidak langsung mengganggu promosi filem Pengantin Malam yang baru mula ditayangkan semalam.

Selain Farid dan Nora pelakon lain yang membintangi filem seram itu adalah Nina Iskandar, Ellie Suriati dan ramai lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers