Rumah Putih 'alu-alukan' bakal PM baharu India ke AS

Rumah Putih 'alu-alukan' bakal PM baharu India ke AS

Rumah Putih 'alu-alukan' bakal PM baharu India ke AS


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini mengalu-alukan lawatan bakal Perdana Menteri baharu India, Narendra Modi yang mencatatkan kemenangan besar pada pilihan raya umum negara itu semalam ke Amerika meskipun terdapat larangan visa ke atasnya.

Rumah Putih berkata, Presiden Barack Obama berharap dapat berbual dengan Modi menerusi telefon secepat mungkin selepas Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinannya menang pilihan raya umum India.

Setiausaha Negara, John Kerry juga mengucapkan tahniah kepada Modi atas kejayannya memperoleh kemenangan terbesar dalam sejarah menerusi laman Twitternya.

Kerra berkata, Washington kini bergerak ke dasar untuk mengukuhkan hubungan baharu di pusat pemerintah baharu di New Delhi.

“Perdana Menteri India akan disambut melawat Amerika," kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.

Amerika menolak permohonan visa Modi pada 2005 kerana mendakwa beliau gagal menangani dengan segera rusuhan anti-Islam tiga tahun sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Gujerat. - AFP

iskandarX: Aiiik bertukaq baru dah ker India punya PM? Yang lama dah tak sinonim dengan command dari Hidden Hand Dah ker?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers