Erin Malek Akui Bercinta Dengan Jejaka 10 Tahun Lebih Tua
KUALA LUMPUR, 16 MEI 2014: Pelakon Erin Malek kini sedang hangat dilamun cinta dengan seorang jejaka yang dikenali menerusi laman sosial Instagram sejak empat bulan lalu.
Bagaimanapun Erin tidak mahu mendedahkan nama kekasihnya dan cukuplah sekadar dikenali sebagai ‘F’.
Menurut Erin, walaupun perbezaan umur mereka sebanyak 10 tahun namun itu bukanlah penghalang bagi dirinya kerana dia selesa berkawan dengan lelaki tersebut yang disifatkan sebagai seorang yang matang dan penyayang.
“Saya memang sedang mengenali seorang lelaki dan saya hanya boleh beritahu nama ‘F’… Kami dah kenal sejak empat bulan lalu.
"Dari segi jarak umur kami berbeza 10 tahun dan dia berusia 30 tahun... Bagi saya bila kita mengenali dengan orang yang lebih berusia daripada kita fikiran mereka lebih matang dan dalam masa yang sama dia juga sentiasa beri sokongan pada saya.
“Kami bertemu di Instagram selepas setahun memutuskan hubungan dengan bekas kekasih saya… Bagi saya dia seorang yang romantik dan penyayang.
“Saya tertarik kematangannya sebagi seorang lelaki dan yang paling penting dia tidak ‘judge’ saya mengenai apa juga gosip dan cerita kurang enak mengenai saya sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan kemuncak Fear Factor Malaysia 2 baru-baru ini.
Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, turut menceritakan detik pertemuan mereka yang disifatkan sebagai agak lucu.
“Cara kami kenal agak kelakar sebenarnya, saya tak sangka saya akan bertemu dengan dia di Instagram… Saya memang perasan dia selalu ‘like’ gambar dan juga komen...
"Pernah sekali tu bila bukak instagram nama dia banyak naik sebab 'like' gambar jadi saya pun pegi ke profile dia dan 'follow' dia...Dan dari situlah mulanya detik perkenalan kami.
“Tapi disebabkan kami sibuk dengan kerjaya masing-masing membuatkan hasrat kami untuk berjumpa seringkali tergendala… Sampailah pada suatu hari kami bersetuju untuk bertemu dan segala-galanya pun bermula,” ujarnya ketawa.
Ketika ditanya mengenai perkahwinan, pelakon ini tidak melatah malah mengakui dirinya kini sudah bersedia untuk bergelar isteri.
“Berdasarkan pengalaman yang lepas, saya memang sudah malas nak bercinta lama-lama… ‘F’ adalah cinta hati saya, ‘soulmate’ saya yang melengkapi diri saya sebagai seorang wanita.
“Soal umur bukanlah menjadi satu masalah bagi saya kerana yang paling penting adalah kita bertemu dengan orang yang sesuai.
“Kalau ditanya mengenai perkahwinan, pada tahap ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri,” jelasnya.
Jelas Erin lagi, itu tidak bermaksud dia akan berkahwin dalam masa terdekat malah dia meletakkan soal jodoh kepada ketentuan ilahi dan berharap peminat mendoakan kebahagiaan mereka.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.