Johan As'ari Nafi Suka Permainkan Hati Wanita

Johan As'ari Nafi Suka Permainkan Hati Wanita

Johan As'ari Nafi Suka Permainkan Hati Wanita

Berikutan kontroversi hubungan cinta ‘ekspress’ di antara pelakon, Johan As’ari dan aktres Lana Nordin, ramai yang telah melabelkan aktor tersebut dengan gelaran ‘playboy’ kerana gemar mempermainkan perasaan wanita.

Johan sebelum ini di katakan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Izreen Azminda, Nabila Huda dan juga penyanyi, Shila Amzah.

Menurut Johan, tidak pernah sedikit pun terlintas di hatinya untuk mempermainkan perasaan wanita malah dia juga turut menjelaskan soal tuduhan menggunakan agama sebagai alat untuk memikat seseorang adalah tidak benar.

“Selepas apa yang berlaku ini, saya bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk memperbaiki diri saya.

“Sejujurnya dalam hati saya, tidak pernah terlintas sedikit pun niat untuk mempermainkan perasaan wanita.

“Tuduhan menggunakan agama sebagai alat untuk memikat itu tidak benar, bagi saya dakwah itu kerja antara kita sesama muslim.” ujarnya seperti yang dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Sebagai manusia biasa, Johan juga turut mengakui kesilapan yang berlaku dan berharap agar perkara tersebut tidak di panjangkan lagi.

“Saya juga manusia biasa... tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan.

“Saya harap perkara ini tidak lagi di salah erti atau di panjangkan oleh mana-mana pihak. “ ujarnya mengakhiri perbualan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers