'Oh My Ganu!' lebih kecoh |
'Oh My Ganu!' lebih kecoh
BERIKUTAN kejayaan siri Oh My English! Rancangan ini tampil dengan telefilem khas berjudul Oh My Ganu! yang akan bersiaran pada 27 November ini.
Menurut Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Oh My English! merupakan komedi pendidikan bersiri musim kedua berjaya menarik perhatian seramai 5.2 juta penonton di TV, 11.6 juta tontonan Youtube dan 525,000 peminat di laman sosial Facebook dan menguasai tangga teratas laman mikro Twitter.
“Pada penghujung rancangan Oh My English! penonton diberi peluang untuk membantu Mr Middleton (Zain Saidin) memilih antara Sara Jane(Gabriella Robinson) atau cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) yang akan pulang ke Terengganu melalui undian dalam talian menerusi media sosial. Dan ternyata, sebanyak 50,000 undian penonton telah diterima dan hasilnya 89 peratus undian menyebelahi cikgu Ayu. Keputusan inilah yang telah membentuk jalan cerita telefilem Oh My Ganu!.
“Ia merupakan kesinambungan episod kemuncak Oh My English! Musim kedua. Telefilem bercorak komedi ini merupakan satu penghargaan daripada kami khas buat peminat setia Oh My English! yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada program ini,” katanya.
Putri Yasmin berkata, Oh My Ganu! menjanjikan kelainan dengan kehadiran watak baru yang dihidupkan oleh Izzue Islam dan Zizan Raja Lawak.
“Oh My Ganu! dihasilkan dengan kualiti penggambaran yang tinggi seperti penerbitan filem. Dan kami telah kerjasama dengan Red Communications yang mengetengahkan pengarah fotografi terkenal seperti Haris Hue Abdullah, penata Muzik, Mohsin Othman dan pengarah, Umi Salwana Omar.
“Saya berharap semoga telefilem Oh My Ganu! yang menggabungkan komedi dan kandungan ilmiah serta diterbitkan dengan kualiti produksi setaraf dengan filem pawagam, mendapat sambutan positif dari penonton daripada semua peringkat usia, ” katanya yang mengakui sepanjang penggambaran ini juga banyak adegan lucu di luar jangkaan.
Dalam pada itu, selain barisan pelakon asal seperti Zain Saidin, Harun Salim Bachik, Tiz Zaqyah, Izara Aishah, Akhmal Nazri, Addy Ashraf, Syafie Naswip Roax Tan, Amer Shariff dan Kameesha, beberapa pelakon hebat turut ditampilkan buat pertama kalinya, iaitu Zizan Razak dan Izzue Islam.
Melalui telefilem Oh my Ganu! yang berlatar belakangkan sebuah kampung di pantai timur, penonton juga dapat menyaksikan adegan mencuit hati apabila pelajar 3 Merah dan guru kesayangan mereka Mr Middleton (Zain Saidin) pergi mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halamannya.
Namun, Mr Middleton terpaksa berhadapan dengan Zizang (Zizan Razak), seorang jutawan kampung yang turut menaruh hati terhadap Cikgu Ayu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.