Mila Kunis |
Mila Kunis - Ashton Kutcher saling melengkapi
HUBUNGAN cinta antara pasangan selebriti, Mila Kunis,30 dan Ashton Kutcher, 35 bukan lagi rahsia.
Kedua-duanya sentiasa tampil bersama dan turut berkeinginan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius.
Namun sehingga kini, pasangan ini masih berteka-teki mengenai majlis pertunangan mereka.
Ada sumber memberitahu, pasangan ini telah pun bertunang apabila Kunis dilihat menyarung cincin di jari manisnya.
Namun, baik Kutcher mahupun Kunis, masing-masing kekal berahsia mengenai perkara itu dan memberitahu untuk mengumumkannya pada satu ketika nanti.
Pun begitu, pasangan ini dilaporkan telah memilih lokasi untuk perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menurut Kunis, mereka teringin untuk melangsungkan perkahwinan di Kensignton Palace, London, di mana ia merupakan lokasi pernikahan pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton.
"Saya memang memasang impian untuk berkahwin dalam istana sejak kecil lagi. Kalau boleh, saya mahukan lokasi itu.
"Sebagai majlis yang bakal menjadi kenangan indah, kami mendambakan tempat yang cantik dan mengujakan.
"Tetapi, kami tidak berhasrat untuk mengadakan majlis secara besar-besaran.
Cukup sekadar dihadiri teman rapat dan keluarga," katanya yang pernah menjalin hubungan bersama Macaulay Culkin.
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan pada Mac lalu. Sebelum ini, Kutcher pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Demi Moore, pada 2005, namun memilih untuk berpisah setelah kecurangan bintang filem, Jobs itu dihidu pada tahun lalu.
Ingin penyeri hidup
Walaupun pernah kecundang dalam hubungan lalu, namun Kunis dan Kutcher menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran untuk menempuh kehidupan bersama.
Malah, pasangan ini turut memasang hasrat untuk memiliki bilangan anak yang ramai untuk menyerikan rumah tangga yang dibina.
Sebelum ini, mereka pernah berhasrat untuk memiliki anak walaupun masih belum berkahwin. Namun akui Kunis, hasrat itu terpaksa ditangguhkan agar hubungan itu diakhiri dengan perkahwinan.
"Kami sukakan kanak-kanak dan kehadiran mereka mampu menceriakan kami sekeluarga. Seramai mana pun, kami terima dengan tangan yang terbuka.
"Kami dapat rasakan, kehadiran cahaya mata akan meningkatkan lagi rasa kasih dan sayang antara satu sama lain dan keluarga," kata pelakon, Black Swan ini.
Ashton Kutcher |
Ashton Kutcher 'duda kaya'
Umum sudah mengetahui, Kutcher, melalui proses penceraian yang agak panjang dengan bekas isterinya, Demi Moore. Walaupun penceraian mereka telah difailkan sejak setahun lalu, namun mereka sukar mencapai persetujuan bersama.
Namun akhirnya mereka sah bercerai dan dalam tempoh itu juga, Moore turut menuntut harta sepencarian daripada Kutcher yang bernilai lebih dari RM480 juta.
Setelah melalui beberapa prosedur mahkamah, Moore bakal menerima sebahagian daripada harta Kutcher selain saham beberapa perniagaannya, walaupun memiliki kekayaan sendiri.
Akur dengan keputusan mahkamah, Moore mengharapkan sinar baru dalam kehidupan bekas suaminya itu.
"Pada awal dulu, mungkin saya agak marah. Namun kini, saya lega apabila ianya berakhir dan dia (Kutcher) boleh meneruskan kehidupan sendiri.
"Mungkin konflik ini secara tidak langsung mengganggu perjalanan hubungan dia bersama Kunis.
"Kini, semua pihak bergembira dan semua dokumen telah ditandatangani dan dia bebas untuk melamar dan mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya," katanya.
Bercuti di Hawaii
Mampu menarik nafas lega setelah semuanya selesai, Kutcher dilaporkan bakal membawa kekasihnya bercuti.
Sebelum ini, mereka pernah bercuti bersama di China dan melawat Tembok Besar serta bersiar-siar di sekitar kota Beijing.
Pada kali ini, Kutcher memilih Hawaii sebagai lokasi percutian mereka bersama.
"Sudah lama kami merancang untuk bercuti, namun memandangkan kes ini masih belum selesai, saya terpaksa menangguhkannya.
"Kami memang suka bercuti dan melancong ke seluruh negara sekiranya berkesempatan.
"Bukan sahaja dapat menenangkan fikiran dari kesibukan kerja, malah ianya juga akan tersemat dalam lipatan kenangan kami bersama. Setiap tempat ada kenangan manis yang berbeza," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.