NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
15 Jun 2013
NAMA Andy Lau dalam filem Kantonis sememangnya tidak asing lagi. Biarpun menjangkau usia 40-an, Andy masih mempunyai pengikut.
Justeru, tidak hairanlah ramai tidak sabar menantikan tayangan filem terbaru lakonan Andy, Switch atau sebelumnya ini dikenali sebagai Dwelling In The Fuchun Mountains.
Tidak dibintangi oleh Andy seorang, dua wanita cantik Zhang Jingchu dan Lin Chi-ling turut sama menjayakan filem berbentuk penggembaraan dan aksi ini.
Jika Jackie Chan yang sudah berusia 50-an masih mantap dengan babak-babak aksi, tidak kurang juga Andy yang masih cukup menarik perhatian dengan setiap watak aksi yang dipamerkan.
Malah ada kalanya debaran turut mengiringi penonton setiap kali melihat Andy menjayakan babak aksi dan tidak keterlaluan untuk mengatakan, aksi Andy setanding dengan pelakon muda.
Tidak hanya memaparkan babak aksi semata-mata, seperti biasa, filem ini juga turut menyelitkan unsur cinta tiga segi. Namun lebih menarik kerana ia diubah apabila seorang musuh yang menjadi perisik, akhirnya sanggup mengkhianati majikannya kerana jatuh cinta.
Justeru, penonton akan disajikan dengan misi pengembaraan yang dalam masa turut dihiasi dengan unsur-unsur cinta yang mula wujud tanpa sedar.
Kekuatan dan kelemahan
Secara keseluruhan yang dapat disimpulkan dari filem ini, ia bukanlah sebuah filem yang benar-benar mantap kerana ada di antara aksi dan jalan ceritanya sudah dapat di baca.
Biarpun cukup berkesan dari sudut aksi, kesan bunyi, sinematografi dan lakonan, namun bukan bermakna Switch tiada kelemahan.
Penglibatan jumlah pelakon yang banyak ada kalanya membuatkan penonton seakan keliru dengan perjalanan cerita.
Meskipun teknik janaan berkomputer (CGI) ada kalanya begitu mantap, namun apabila digarap secara keterlaluan, ia membuatkan babak tersebut kelihatan seperti cerita animasi.
Bagaimanapun, dari segi plot, Jay Sun selaku pengarah berjaya menyusun jalan cerita dengan baik dan membuatkan penonton kagum dengan babak sewaktu lukisan tersebut ditukar, Switch.
Penonton juga pastinya akan terusik dengan babak pengorbanan diri demi cinta yang akan membuatkan penonton terfikir, kerana cinta, manusia sanggup berbuat apa sahaja.
Filem ini mengisahkan lukisan dari negara China yang terkenal, iaitu Dwelling In The Fuchun Mountains oleh Huang Gongwang. Lukisan tersebut telah dipecahkan kepada dua bahagian pada 300 tahun yang lalu dan telah dipamerkan secara berasingan di China dan Taiwan.
Filem ini menjangka bahawa lukisan tersebut akan disatukan semula, di mana ianya akan dicuri sekumpulan pencuri. Perisik khas Xiao Jinhan (Andy Lau) dan pekerja syarikat insurans Lin Yuyan (Zhang Jingchu) sedang dalam misi untuk melindungi lukisan terkenal Fu Chun Shan Ju Tu, yang merupakan sasaran samseng Jepun (Tong Dawei).
macam best plak citer ni kan? dah lama tak tgk Andy Law berlakon..:)
ReplyDeleteAndy Lau kalau belakon filem memang best semua best tapi kalau drama je bosan2 sikit sebab asyik jadi baik jee...
Deletememang ramai yang meminati lakonan andy lau :)
ReplyDeletea'aa is pun memang minat Andy Lau nie sebenarnya hehehe
Delete