Psy Tak Hormat Perdana Menteri Tatkala Tiada Di Pentas?


Psy, Tak, Hormat, Perdana Menteri, Tatkala, Tiada, Di, Pentas, Artis Korea, K-POP, Malaysia, Hiburan


KL, 16 FEB 2013: Murai Batu pasti, ramai yang sudah tahu mengenai tindakan penyanyi popular Korea, Psy yang tidak hadir ke pentas untuk bersama-sama denhan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak serta barisan ahli-ahli tertinggi Barisan Nasional ketika upacara tradisi menggaul 'yee-sang' diadakan dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Mana taknya, video rakaman ketika Psy dipanggil naik ke pentas oleh pengaracanya telah pun tersebar di laman internet dan YouTube. Murai Batu terkejut menonton video itu kerana tindakan Psy itu seolah-olah seperti tidak hormat kepada penganjur konsert itu apatah lagi Perdana Menteri.

Psy telah dipanggil beberapa kali oleh pengacaranya, malah semua tetamu kehormat terpaksa menunggu beberapa minit untuk upacara tersebut, tetapi berlangsung, malangnya Psy sampai kesudah tak naik ke pentas.

Murai Batu pun tak fahamlah dengan perangai artis antarabangsa seorang ni. Yelah, awak tu da lah datang negara orang, sekurang-kurangnya hormatlah majlis yang dihadiri. Psy bukan sahaja hadir, malah diberi peluang membuat persembahan di konsert tersebut.

Murai Batu rasa memang tak patut Psy berbuat begitu, lebihl-lebih lagi bila bearda di negara orang. Murai Batu harap perkara ini akan menjadi pengajaran kepada kita supaya tidak terlalu menyanjung orang atau artis luar sedangkan mereka sendiri tidak hormat kepada Negara kita.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers