Almy Nadia Enggan Ulas Sudah Putus Cinta 2 Tahun Lalu


Almy Nadia, Enggan, Ulas, Sudah, Putus, Cinta, 2, Tahun, Lalu, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 16 FEB 2013: Kenyataan penyanyi, Fazli Zainal yang mendakwa rakannya, Fizz Fairuz sudah pun memutuskan hubungan cintanya dengan pelakon Almy Nadia sejak 2 tahun lalu, telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak terhadap status sebenar hubungan cinta aktor dan aktres tersebut.

Ini kerana, sebelum ini, umum telah menyangka hubungan Fizz dan Almy masih baik dan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. Namun sangkaan itu bagaimana pun meleset selepas Fizz mengikat pertunangan dengan wanita lain baru-baru ini.

Malah, Almy Nadia dalam kenyataannya dalam artikel murai.com.my sebelum ini berkata, dia sendiri pun tidak mengerti apa sebenarnya niat Fizz berbuat begitu. Bagi mendapatkan kesahihan mengenai status sebenar hubungan cinta mereka seperti yang didakwa oleh Fizz kepada Fazli Zainal itu, portal Murai cuba mendapatkan Almy sendiri.

Namun, Almy ketika dihubungi, enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut ": Saya tidak mahu komen,," tegasnya yang tidak mahu mengulas lanjut.

Foto-foto pertunangan Fizz Fairuz sudah tersebar beberapa hari lalu selepas dia dikatakan telah pun bertunang dengan Azlyn Massiela di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari 2013.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers