Hairuman tekad ubah nasib

Hairuman, tekad, ubah, nasib, daftar, PLPP, Sungai Merah, Bangi, Kajang, mangsa, renjatan, kabel, elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian
HAIRUMAN sedang meneliti jadual orientasi yang akan dilaluinya selepas mendaftar di PLPP di Sungai Merab, Bangi semalam.

KAJANG – Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon yang mengalami kecederaan parah ketika mengait buah kelapa sawit di Kuala Selangor kira-kira dua tahun lalu kini berhasrat untuk merubah nasib dirinya apabila melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP) Sungai Merab di sini semalam.

Dia yang sebelum ini terlantar di katil hospital kira-kira tujuh bulan bagi merawat bahagian badannya yang melecur teruk selain kedua-dua belah tangan serta kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kejadian itu, mendaftar bersama 130 orang kelainan upaya (OKU) fizikal yang lain dalam bidang komputer di pusat latihan itu.

“Saya berhasrat untuk memperbaiki kehidupan pada masa depan dengan menuntut ilmu di sini.

“PLPP telah memberikan saya harapan untuk berdikari,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu PLPP di sini semalam.

Hairuman, 24, pemuda yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor itu pernah menggemparkan negara apabila dia mengalami kecederaan parah selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Kuala Selangor pada 26 November 2010.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Semanggat mau dok ada, teruskan Muhamad Hairuman Miskon, \Allah S.W>T Tiada mengubah nasib seseorang itu jika hanya apabila seseorang itu berusaha mengubah nasib nya. 

***is pun nak ubah nasib = Blogger Billionaire Insyaallah.

Comments

  1. salam. kesian kat dia tp dia tabah hadapi cabaran ini. heran gak kenapa tetiba kakak dia menghilangkan diri? x nak bertanggungjawab ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la Daddy, bila kita tengah kena musibah, dan kita nie pulak sebenarnya harapan keluarga memang akan jadi macam nie, tak semua orang bernasib baik, tapi Hairuman tu tabah orang nya insyaallah dia akan berjaya menempuh hidup dia.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers