Bekas Pengarah Veterinar bebas tuduhan palsu surat

Bekas, Pengarah, Veterinar, bebas, tuduhan, palsu, surat, Seremban, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham, Jenayah, Malaysia
NOOR SOERAYA bersama peguamnya, Abdul Aziz di Mahkamah Sesyen Seremban semalam.

SEREMBAN - Bekas Pengarah Veterinar Negeri, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan gred jawatan antara tahun 2009 hingga tahun 2011.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes prima facie mengenai kes itu.

Mengikut pertuduhan, Noor Soeraya, 39, didakwa menyerahkan dokumen palsu bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun untuk pegawai Gred G48, G52 dan G54 itu kepada Pegawai Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Siti Norhayati Md. Yusof antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011 yang kesemuanya melibatkan wang sebanyak RM50,314.69.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika memangku jawatan Gred G44 di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai dan di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan di Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua tahun hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers