TALKIN KALIMAH SYAHADAH BERSANAD HINGGA KE RASULULLAH SAW
(TALKIN SYAHADAH BERSANAD INI ADALAH RUKUN YANG PERTAMA DARI RUKUN ISLAM YG LIMA)
DiWAJIBKAN bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. menerima talkin syahadah bersanad dari seorang guru yang mursyid (ahli pada babnya) serta mempunyai Rabitah dan Salasilah sehingga sampai ke Rasulullah s.a.w.Ini kerana,Nabi Muhammad s.a.w.sendiri menerima akan ia dari malaikat Jibril a.s...
Bahawasanya manusia pertama yang ingin jalan dekat dan terunggul, terselamat serta mudah menanggung beban agama Islam dan menjadi hamba kepada Allah Ta’ala setiap masa berjalan, ialah Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah, kerana meminta kepada baginda nabi Muhammad s.a.w. “Talqin” kewajipan Kalimah Takwa diterima secara berhak sebelum dia memulakan sesuatu pekerjaan Agama.
Sebaliknya baginda tidak menjawab, baginda menunggu wahyu daripada Allah Ta’ala, maka datanglah Sayyidina Jibril a.s, kemudian dia “Talqin” akan LAILAHAILLALLAH sbyk tiga kali, kemudian MUHAMMAD RASULULLAH ,1X kemudian baginda Rasulullah s.a.w mengikutiNYA kemudian baginda Rasulullah s.a.w. mendatangi para sahabatnya kemudian “Talqin” secara berjemaah. Maka para sahabat pun mengikutinya kemudian baginda nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Mafhumnya;
“ Sesungguhnya telah kembali kita dari jihad kecil kepada jihad yang lebih besar....
Diriwayatkan oleh Ahmad at Tabrani dan Syaddad ibn Aus bahawa Rasulullah saw pernah mentalqinkan sahabat-sahabat beliau secara berkumpulan dan juga secara perseorangan.
"Pada suatu ketika kami berada dekat Nabi saw dan beliau bersabda, bermaksud: "Adakah di antara kamu orang asing?" (yakni dari golongan ahli kitab). Maka jawab saya: "Tidak ada". Lalu Rasulullah saw menyuruh menutup pintu dan berkata: "Angkat tanganmu dan ucapkanlah 'Laa Ilaaha Illallah", lantas beliau menyambung, segala puji bagi Allah, wahai Tuhanku! Engkau telah mengutuskan aku dengan kalimat ini dan Engkau menjadikan dengan ucapannya kurnia syurga kepadaku dan bahawa Engkau tidak sekali-kali memungkiri janji." Kemudian beliau berkata: "Ketahuilah, gembiralah sesungguhnya Allah telah mengampuni kamu semua."
- Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Ketika Muaz bin Jabal mengekori unta Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan, Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Muaz menyahut: Telah kuterima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil lagi: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah kuterima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah kuterima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengucap Dua Kalimah Syahadat iaitu: nescaya terselamatlah dia dari api Neraka. Kemudian Muaz berkata: Bolehkah aku memberitahu perkara ini kepada orang ramai agar mereka sebarkan berita gembira ini? Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau begitu, lakukanlah dan berserahlah kepada Allah.
(TALKIN SYAHADAH BERSANAD INI ADALAH RUKUN YANG PERTAMA DRI RUKUN ISLAM YG LIMA )
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.