Adakah Boleh Jual Barang Tiruan (Copy Ori) Secara Halal?

Adakah Boleh Jual Barang Tiruan (Copy Ori) Secara Halal? Topik yang hangat di bicarakan oleh semua orang yang ingin memulakan perniagaan online di shopee.

Adakah Boleh Jual Barang Tiruan (Copy Ori) Secara Halal?

1. Ramai pula tanya hukum jual barang tiruan ni. Sebab kebanyakan panduan yang ajar bisnes online di shopee tunjuk kejayaan menjual barang tiruan.

2. Saidina Umar pesan, sebelum berniaga, kena belajar muamalat dulu. Kena tahu hukum-hakam benda yang kita nak buat.

3. Islam menjaga hak intelektual. Jadi jual barang copy ori (tiruan) adalah tidak patuh syarak. Cuba anda buat copy ori panduan yang anda baca tu dan jual pada harga murah. Tuan dia marah tak?



4. Inilah pentingnya bila ada ilmu agama. Anda boleh tapis apa yang boleh buat, apa yang tak boleh dibuat. Jangan ikut buta dan jadi bendul.

5. Jadi bagaimana cara nak jual barang tiruan secara halal?

5.1. Dapatkan izin tuan punya hakcipta. Kalau anda jual baju Adidas, hubungi Adidas. Minta izin jual barang guna jenama dia. Kalau anda jual barang g-shock tiruan, hubungi syarikat casio dan minta izin jual g-shock tiruan. Kalau anda copy ori panduan yang anda baca tu, minta izin penulis dia, anda nak copy dan jual panduan dia. Haha. Atau:

5.2. Anda jual barang tersebut bukan sebab jenamanya. Tapi sebab kualiti produk yang bagus, yang kebetulan kilang print perkataan jenama pada produk tersebut. Kalau begini, dalam iklan anda, anda tak boleh letak jenamalah. Seluar sedap pakai kualiti setaraf ori, contohnya. Atau:



5.3. Anda letak jenama anda sendiri. Material mungkin anda boleh guna bahan sama. Tapi design juga dilindungi hakciptanya. Kalau tak, tak adalah paten-paten tu semua. Tudung pun orang saman-menyaman. Buat produk dan jenama sendirilah pendek kata.

6. Berniaga ni antara jalan pintas untuk ke syurga. Peniaga jujur, benar dan amanah akan bangkit bersama syuhada' dan nabi. Bukan peniaga paling banyak untung.

7. Faham point 6 di atas, boleh selesai banyak masalah.

8. Kalau beli panduan shopee, tapis-tapislah info yang diajar.

9. Juallah barangan yang tidak menceroboh hak orang lain.

10. Memang bukan saya yang bayar bil api air anda, belikan susu dan pampers anak anda. Saya cuma menyampaikan. ;)


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers