SEDARLAH BANGSAKU MELAYU..

SEDARLAH BANGSAKU MELAYU..

SEDARLAH BANGSAKU MELAYU..


Melayu perlu berhati-hati dan mengambil iktibar daripada KESAN BOLA SALJI (SNOWBALL EFFECT) Kaum Cina ke atas ekonomi Malaysia.

Menjelang tahun 2030, kira-kira 95% daripada semua premis komersial dan perniagaan di bandar-bandar utama akan dimiliki oleh orang Cina! Kira-kira 70% daripada rumah-rumah kediaman akan dimiliki oleh mereka. Ini adalah akibat daripada KESAN BOLA SALJI.

Kaum Cina sudah mempunyai asas ekonomi yang kukuh, jadi secara lojiknya mereka akan mempunyai lebih banyak dana untuk membuat lebih banyak pembelian pada masa akan datang. "Bola salji" tersebut akan terus membesar.

Graduan Cina akan mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor swasta manakala orang Melayu akan terus bergantung kepada Kerajaan untuk peluang pekerjaan dan kontrak.

Apa yang akan berlaku apabila lebih banyak negeri jatuh ke tangan DAP? Orang melayu perlu bangun dan sedarlah akan kemungkinan ini. Bolehkah DAP dipercayai?

Lihat sahaja Singapura dibawah PAP! Orang Melayu perlu mengambil iktibar dari Singapura.


  • Adakah kita bersedia untuk itu?
  • Apa yang patut kita buat?
  • Adakah pemimpin-pemimpin kita tidak melihat gambaran yang lebih besar dalam perspektif ini?
  • Adakah mereka lebih berminat untuk meningkatkan taraf hidup mereka sendiri?


Orang2 Melayu, terutama pemimpin-pemimpin, SEDAR DAN BANGUN! Orang Melayu lebih baik mengambil iktibar daripada tindakan mereka sekarang, yang akan menentukan nasib generasi akan datang.

Saudara-saudara, penulisan saya ini adalah untuk menjawab persoalan bagaimanakah hampir 100% kedai dan premis perniagaan di semua bandar utama di Malaysia dimiliki oleh orang2 Cina.

Kaum Cina mampu memiliki rumah-rumah teres dua tingkat yang mahal di bandar-bandar utama sedangkan graduan Melayu hanya berputih mata.

Orang Melayu terlalu taksub dengan politik sehingga terlupa bahawa menjelang tahun 2050, gaya hidup mereka perlu bergantung dan dipengaruhi oleh kaum Cina walaupun di tanah air sendiri.

Sesuatu MESTI DILAKUKAN SEKARANG. Sekurang-kurangnya meletakkan beberapa sekatan dan imbangan bagi membolehkan orang Melayu untuk membuka dan menjalankan perniagaan mereka dalam persekitaran yang adil.

Terdapat beberapa kontraktor Melayu tidak dapat meneruskan perniagaan mereka kerana ditindas oleh pembekal2 Cina supaya membayar TUNAI bagi bahan-bahan mentah, seperti batu-bata, pasir dan simen.

Bagi kontraktor yang berkemampuan pula, mereka perlu menunggu stok bahan mentah sehingga dua minggu sementara keutamaan pembekal adalah kepada kontraktor2 Cina.

Saya menjangkakan keadaan ini semakin teruk dalam sektor-sektor lain, termasuk perkhidmatan automotif dan juga pembuatan makanan menjelang tahun 2025, kerana hampir semua pengedar dan perniagaan utama, termasuk bekalan ayam dan ikan, adalah terdiri daripada kaum Cina.

Orang Melayu masih leka mengejar jawatan dan kontrak jangka pendek sehingga terlepas pandang akan landskap masa depan yang meruncing ini.

Adalah sangat PENTING untuk Kerajaan dan GLC merangka pelan tindakan strategik yang komprehensif bagi menangani isu ini.

Melayu perlu sedar bahawa kuasa politik tidak akan berguna jika tidak mampu mengawal halatuju ekonomi. Salah satu langkah yang boleh diambil adalah menubuhkan koperasi profesional Melayu untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan Melayu.

Orang Melayu perlu bangun! Jika tidak, sesungguhnya mimpi ngeri yang amat ditakuti akan menjadi KENYATAAN!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers