Caffeine dalam minuman popular Malaysia

Caffeine dalam minuman popular Malaysia


Caffeine dalam minuman popular Malaysia, rupanya dalam minuman segera yang popular kat negara kita nie ada banyak caffeine lah.

Caffeine atau dalam ejaan Melayunya, Kafeina ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohnya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana, dan maté. Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai peransang kepada sistem saraf pusat (CNS), jantung, dan pernafasan. Kafeina juga bersifat diuretik (iaitu boleh dikumuh melalui air kencing). Ia bertindak sebagai perangsang lemah pada system saraf pusat dengan itu selepas minum secawan kopi atau teh seseorang mungkin berasa lebih segar.

Sifat FizikalNilai
Titik Beku:238 °C
Titik Didih:178 °C (Pemejalwapan)
Graviti Tentu:1.2
Tekanan Wap:760 mm Hg @ 178 °C
Kemeruapan:0.5%
Ketumpatan Wap:6.7
Berat Molekul:197.19
Keterlarutan dalamAir:2.17%
pH:6.9 (1% larutan)





















Kafeina ialah alkaloid yang tergolong dalam keluarga methylxanthine bersama sama sebatian tefilina dan teobromina. Pada keadaan asal, kafeina ialah serbuk putih yang pahit. Formula kimianya ialah C6 H10 N4 O2 dan nama sistematik kafeina ialah:


  • 1,3,7-trimethylxanthine
  • 3,7-dihydro-1,3,7-trimethyl-1 H-purine-2,6-dione
Metabolisme dan ketoksikan

Kafeina menyekat reseptor adenosina di otak. Adenosina ialah sebatian nukleotida yang berfungsi mengurangkan aktiviti sel saraf apabila tertambat pada sel tersebut. Seperti adenosina, molekul kafeina juga tertambat pada reseptor yang sama, tetapi kesannya berbeza. Kafeina tidak akan memperlahankan aktiviti sel saraf/otak sebaliknya menghalang adesonina untuk berfungsi. Kesannya aktiviti otak meningkat yang mengakibatkan hormon epinefrina dirembes. Hormon tersebut akan menaikkan kadar denyutan jantung, meninggikan tekanan darah, menambah penyaluran darah ke otot-otot, mengurangkan penyaluran darah ke kulit dan organ dalaman, dan mengeluarkan glukosa daripada hati. Tambahan, kafeina juga menaikkan aras neurotransmitter dopamine di otak.

Kafeina boleh dikeluarkan daripada otak dengan cepat, tidak seperti alkohol atau peransang CNS yang lain. Tambahan lagi, kafeina tidak mengganggu fungsi mental tinggi dan tumpuan otak. Pengambilan kafeina secara berterusan akan menyebabkan badan menjadi toleren dengan kehadiran kafeina. Oleh itu, jika pengambilan kafeina diberhentikan (proses sebegini dinamakan "penarikan" atau "tarikan"), badan menjadi terlalu sensitif terhadap adenosina menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak yang seterusnya mengakibatkan sakit kepala dan sebagainya. Kajian terbaru mendakwa kafeina boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson, tetapi dakwaan tersebut masih belum memerlukan kajian mendalam.

Terlalu banyak kafeina boleh menyebabkan intoksikasi kafeina (iaitu kemabukan akibat kefeina). Antara simptom penyakit ini ialah keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalah gastrointestial. Simptom-simptom ini boleh berlaku walaupun hanya 250mg kafeina diambil. Jika lebih 1 g kafeina diambil dalam satu hari, simptom seperti sentakan otot (muscle twitching), kekusutan fikiran dan pertuturan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan penggoncangan psikomotor (psychomotor agitation) boleh berlaku. Intoksikasi kafeina juga boleh mengakibatkan kepanikan dan penyakit kerisauan.

Walaupun masih selamat bagi manusia, kafeina, teofilina dan teobromina adalah lebih toksik kepada sesetengah haiwan seperti kucing dan anjing kerana perbezaan dari segi metabolisme hati.

Caffeine dalam minuman popular Malaysia


So korang dah faham apa itu caffeine atau kafeina jadi try tengok caffeine dalam minuman popular Malaysia teww ada berapa banyak? Dah berapa banyak dah kafeina yang anda telan pada hari ini???

Comments

  1. Menarik info nie..
    Saya penggemar minuman berkafein nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak sory lerr kalau is insult your favorite drink heheheh tapi kesihatan dan kebenaran terpaksa gak is dedahkan sebab kesian skang nie banyak rakyat Malaysia sakit kerana makanan dan minuman.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers