CPUV Earning Dan Buffered Earning Nuffnang Tips

CPUV, BE, Buffered Earning, Nuffnang, blogging tips, Malaysia

Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog is nie.

Ini adalah email reply daripada Nuffnang setelah is issue ticket support kat dorang, is tanya Nuffnang macam mana nak dapat CPUV earning dan Buffered Earning sebab memandangkan trafik blog is dah nak accident dah nie rasanya. So apa Nuffnang balas? Let's check it out at bawah nie ok?


Hi Firdaus,

Terima kasih kerana menulis kepada kami!

Seperti yang anda sedia maklum, pemilihan blog untuk kempen CPUV dilakukan oleh Advertisers dan mereka memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan kumpulan sasaran, keberkesanan unit iklan, gaya penulisan, ruang unit iklan, keahlian ekslusif, dll. dan kita tidak berhak untuk mempersoalkan keputusan mereka.

Selain itu, anda juga harus tahu bahawa industri pengiklanan ini bermusim. Jadi, terdapat sesetengah masa di mana Pihak Pengiklan kami sendiri tidak memerlukan sebarang kumpulan blogger untuk mengiklankan iklan mereka buat sementara waktu. Anda juga perlu tahu bahawa semua orang di Nuffnang mempunyai peluang yang sama untuk mendapatakan iklan CPUV. Bahkan, peluang ini akan lebih diutamakan dan diberikan kepada blogger yang tidak pernah mendapat iklan CPUV atau sudah terlalu lama tidak mendapat iklan CPUV.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu khuatir, malah anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" sekali lagi adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging! :)

Cheers,
Laura Lee
Community Executive

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my

Jadi, CPUV dan Buffered Earning bukanlah bergantung pada Nuffnang itu sendiri. Ianya adalah bergantung pada pengiklan atau advertiser yang advertise kat Nuffnang tu. Nuffnang hanya rekomen sahaja bila advertiser tengok dia review blog kita, bila dia berkenan dengan blog kita so CPUV dan BE akan mula diperolehi. Tips is untuk korng dan juga untuk experimental is sendiri adalah buatkan post atau entri kat blog masing2 mengenai pengalaman atau kemahiran, menggunakan salah satu produk atau khidmat atau barangan yang dibeli/diguna pakai daripada iklan2 Nuffnang bagi menarik perhatian pengiklan/advertiser itu ke blog kita.

"Pancing trend kepada dorang bukan pancing trend untuk Page Ranking Search engine...."

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers