Dide, Arya Paling Diminati GengMurai

KUALA LUMPUR, 22 DISEMBER 2009:  Seperti yang dijanjikan, bertempat di Restoran Nasi Ayam Penyet Sunway Mentari, kumpulan Hijau Daun yang popular menerusi lagu Suara (Ku Berharap) sempat meluangkan masa bersama GengMurai dalam sesi ramah mesra pada Jumaat lalu bermula 4 petang.

Kedatangan Hijau Daun nyata disambut baik peminat di sini. Persinggahan Hijau Daun ke Malaysia adalah bersempena promosi album sulung mereka berjudul Ikut Cahaya.

Selain dapat menjamu Nasi Ayam Penyet resepi asli dari Indonesia, GengMurai turut menerima cakera padat (CD) Hijau Daun dan poster yang ditandatangani oleh anggotanya iaitu Dide (vokal), Array (gitar), Arya (gitar), Deny (dram) dan Richan (bass). Malah anggota sambilan Hijau Daun, Rizki, turut mendapat perhatian ramai.

Dide, Arya Paling Diminati GengMurai


Tambah istimewa, pada majlis petang itu Hijau Daun turut menyampaikan 2 lagu hits mereka iaitu Suara (Ku Berharap) dan Cobalah secara unplugged.

Peminat Hijau Daun, Deela, 27, berkata vokal Dide pada awalnya ada kedengaran seperti suara vokalis Peterpan iaitu Ariel. Namun selepas beberapa kali mendengarnya, mutu suara Dide adalah suara yang disukai peminat tempatan.

"Program santai seperti ini bagus diteruskan. Ia memberi peluang peminat untuk rileks dan mengenali artis kegemaran secara dekat," ujar Deela yang begitu meminati Dide.

Beza pendapat dengan Deela, seorang lagi peminat Hijau Daun iaitu Azra, 29, berpendapat penampilan Hijau Daun  adalah mengikut trend terkini dan mudah diterima oleh peminat. Malah Azra yang meminati Arya berpuas hati dengan program sebegitu kerana dapat berhibur sambil menikmati juadah yang baru pertama kali dicubanya.

Acara pada petang itu disudahi dengan sesi fotografi GengMurai bersama Hijau Daun. Ia turut disertai pemenang kuiz dari ERA FM dan akhbar tabloid Kosmo!.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers