Along, Zila Masih Cari Tarikh Sesuai

KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2009:  Ikatan pertunangan pelawak Along Cham dan bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron telah diikat lebih setahun lalu bakal bercambah menjadi ikatan pernikahan tidak lama lagi.

Walaupun sebelum ini Along pernah merancang menamatkan zaman bujangnya pada Disember 2009 lalu, namun perancangan tersebut ditangguhkan kerana masing-masing sibuk.

Bagaimanapun, Along yang kini muncul dengan filem Adnan Sempit bersama Saheizy Sam dan Intan Ladyana telah pun menetapkan bahawa dia dan Zila akan disatukan awal tahun ini.



Pun begitu, bekas pengapit perkahwinan Mawi dan Ekin ini masih lagi berahsia tarikh sebenar kerana bimbang tarikh tersebut akan bertukar.

"Saya masih menunggu lampu hijau dari pihak Zila untuk kepastian. Sebelum ini, kami merancang untuk bertunang selama setahun. Bila tarikh sudah ditetapkan saya akan maklumkan kepada semua," ujar Along yang masih bersama pasangan lawaknya, Azrul.

Sementara itu, Along yang sinonim dengan watak komedi berharap agar berpeluang untuk diberi peranan watak yang berbeza dari yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

"Seboleh-bolehnya, saya tak mahu tertumpu pada watak komedi saja. Walaupun saya tahu, saya hasil produk program Raja Lawak tapi saya juga mahu jadi pelakon watak serius," katanya yang seronok berlakon dalam Adnan Sempit bersama ramai baru dan lama.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers