ajuk filem: Budak Lapok
Pengarah :Anwardi Jamil
Produser:Wafa A Latiff
Pelakon (Suara) : Datuk Aziz Sattar, S Shamsuddin, Mohd Hasrul Syafiq, M Hafizuddin Mahmudi, Muhammad Eric, Muhammad Fuzi.
Genre :Animasi, komedi
Klasifikasi :Tayangan Umum [U]
Sekali Imbas
Memang animasi Budak Lapok diilhamkan daripada filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok, terutama pada nama wataknya iaitu Ramlee, Sudin dan Ajis.
Menonton filem animasi Budak Lapok membuatkan kita membayangkan Ramlee, Sudin dan Ajis pada zaman kanak-kanak yang nakal dan cerdik.
Ulasan penuh
Animasi Budak Lapok Filem ini boleh disifatkan sebagai satu hadiah atau penghormatan untuk seniman legenda negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee serta warga filem terdahulu.
Mana tidaknya, ideanya diilhamkan daripada nostalgia kegemilangan Tan Sri P Ramlee, Datuk Aziz Sattar dan S Shamsudin menerusi filem siri Bujang Lapok mereka.
Menggunakan teknik dua dimensi (2-D), animasi ini sesuai ditonton seisi keluarga, jalan ceritanya bukan saja menghiburkan, malah menyelitkan banyak mesej bermanfaat untuk renungan bersama seperti nilai persahabatan, kekeluargaan dan semangat ingin berjaya.
Cukup menggeletek hati, bahkan beberapa babaknya mengingatkan saya kepada filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok. Cuma bezanya ia dihasilkan daripada sudut pandangan kanak-kanak dan animasi.
Inilah yang dinamakan perkembangan teknologi. Bentuk karektor dalam animasi ini hasil ilham siri kartun Budak Kampung, karya Lat, nyata cukup menarik dan kaya dengan budaya masyarakat Malaysia.
Antara karektor yang mencuit hati ialah watak ayam kampung yang menggunakan suara pelakon komedi, Sathiya bersama Wak Mustarjo (Abon) yang kurang pendengaran. Wak bersetuju menurunkan ilmu persilatannya kepada Ramlee, Sudin dan Ajis.
Dari cerita, karektor dan latar belakang animasi ini menggambarkan budaya masyarakat kita, jadi andai ada terniat di hati untuk membandingkan filem ini dengan animasi dari Jepun atau Hollywood, lupakan saja.
Walaupun bajetnya agak terhad dan kekurangan tenaga seperti Hollywood, Budak Lapok tidak kurang hebat kelompoknya sendiri. Sekurang-kurangnya bertambah lagi bilangan filem animasi buatan Malaysia seperti Silat Lagenda dan Puteh.
Sinopsis
Kisah bermula apabila Ramlee, Ajis dan Sudin - tiga kawan akrab yang tinggal di kampung Sebatang Pinang. Mereka telah menyertai pertandingan bola sepak mewakili kampung mereka dengan Kampung Semerah Padi diwakili oleh Sarip Dol, Megat Komeng dan Brahim.
Pada masa yang sama, mereka cuba memikat hati tiga anak gadis - Nani, Salmah dan Eton - dengan menyertai pertandingan drama antara sekolah-sekolah walaupun Ajis dan Sudin gerun dengan berada di atas pentas berhadapan dengan orang ramai.
Keadaan tambah rumit apabila pertandingan bola dan drama jatuh pada hari yang sama. Mereka terpaksa memikirkan cara terbaik supaya boleh berada di dua tempat pada masa yang sama.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.