Cari Artikel

Thursday, September 26, 2019

Azza Doakan Kesembuhan Abby Abadi


Penyanyi dan anggota kumpulan Elite, Azza mendoakan kesembuhan buat rakan seperjuangannya, Abby Abadi yang dimasukkan ke hospital beberapa hari lama-lama.

Perkara itu dikongsi Azza menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Azza mendoakan kesembuhan Abby dan memberi kata-kata semangat kepada rakan baiknya itu.

Azza Doakan Kesembuhan Abby Abadi


"Ya Raab.. Tiada satu kesakitan melainkan engkau sembuhkannya.

"Cepat sembuh kesayangan kami, mama @abby_abadi112 nanti kita jumpa tau, nanti kita makan sama-sama kat bawah pokok tu niaga sama-sama, naik kereta bersama, solat bersama, doa dan peluk sama-sama," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan turut mendoakan kesembuhan buat Abby.



View this post on Instagram

Ya Raab .. tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang. . . cepat sembuh kesayangan kami mama @abby_abadi112 nanti kita jumpa tau nanti kita makan sama sama kt bawah pokok tu niaga sama sama.. naik kereta sesama .. solat sama sama .. doa sama sama.. peluk sama sama.. . . Kini berpimpin tangan menuju ke syurga Allah, bergembira, dan reunion kembali di dalam syurga. Itulah nikmat yang paling terindah, dengan izin Allah... saling melengkapi setiap kekurangan dan kelebihan ku.. adalah kamu semua.. . sentiasa saling mengingati memaafi menyayangi tampa batas.. . @abby_abadi112 @lindarafar @sashasaidin @tie_sadaliofficial . . Gembirakanlah sahabat kita semampu yang boleh. Jika engkau tidak mampu untuk menggembirakannya, maka janganlah pula engkau menyedihkan dia... . .
A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzazawari) on


Difahamkan, Abby yang sedang hamil itu dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah yang terlampau tinggi.

Kandungannya pula kini mencecah 23 minggu.


No comments:

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...